Powered By Blogger

Sunday, 9 October 2011

TENAGA KREATIF

BERSAMA PENULIS SKRIP TEATER (SDR. A.WAHAB HAMZAH)


PERBINCANGAN DI PULAU PINANG (01)


PERBINCANGAN DI PULAU PINANG (02)


BERSAMA KELUARGA PENULIS (SDR. AZIZI HAJI ABDULLAH)


Saturday, 8 October 2011

NOVEL "HARGA SEBUAH MARUAH"



Rakyat itu selalu diam
Tapi ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan dan
diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa.

Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, mengukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lamanya? HARGA SEBUAH MARUAH, mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah adalah segala-galanya.