Rakyat itu selalu diam Tapi ia pencatat tidak pernah lupa Rakyat itu seperti naga Melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri Pancainderanya tajam Kuat intuisinya dengan akal budi Lalu jangan sekali-kali melukakannya Jangan melukakannya berkali-kali Kerana sekali ia bangkit Rosaklah segala apa-apa.
Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, mengukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lamanya? HARGA SEBUAH MARUAH, mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah adalah segala-galanya. |
No comments:
Post a Comment